Tuesday, June 26, 2012

Dia Idaman Hati

Okeyyy... akhirnya dapat jugak novel Dia Idaman Hati oleh kucc@Nadrah Yasmina. Order online lebih kurang 2 minggu jugak la and last friday sampai kat rumah. First impression memang rasa teruja nak baca sebab memang follow citer kucc kat blog cetera-kucc.blogspot.com. Sejak akhir2 ni novel2 banyak yang stereotype.. lebih kurang sama je jalan citer die. Tidak menepati piawaian ahkak yang dah "muda remaja".. huhuuhuhu..

Actually saya baca kat blog kucc (Bukan Idaman Hati) setengah jalan jer so mmg tak tau ending nyer.. kira mcm surprise sikit nak tau jalan citer nyer.. bagi saya for the first half novel nie i rasa enjoy baca (masa Asma jd maid) but another half tu macam mood tu dah lari.. mmm.. tak tau nape.. but this is just my opinion okeyy.. lain orang lain pandangan.. taste orang tak sama yer takk..

Novel ni mengisahkan Asma bekerja part time maid kat umah Jeffrey. Disebabkan ex gf Jeffrey - Lilac yang nakkan Jeffrey nie semula menyebabkan Jeffrey mengatakan Asma adalah wife die. Lilac yg tahu Asma hanya lah maid mula memasang perangkap untuk Jeffrey.. dan lakonan mereka sampai ke pengetahuan ibu Jeff menyebabkan Asma dan Jeffrey disatukan.. Lepas dorang kahwin, Asma further study.. kat sini ade konflik antara Asma dan Jeffrey... Asma melarikan diri dari Jeffrey kerana kejadian yang menimpa Asma.. ape kejadian yang menimpa Asma??? dapat kah Jeffrey menemui isterinya???.. dapat kan novel yang original klu nak tau yerrr!!... hehhehehe

My opinion.. satu novel yang menarik bagi penulis baru seperti kucc.. keep it up.. ade sikit persamaan jalan ceritanya dgn satu lagi novel yang saya baca.. tapi kan tengah2 baca novel nie teringat kisah Joe Jambul.. so sweettt.. kembang kuncup idung ahkak.. wakakaka.
***********************************************************************************************
“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”

Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!


Novel ini boleh diorder online di fajarnovels.com.my


3 comments:

Unknown said...

tenkiu3x akak for ur support. Hope u'll like DIH...tegur2lah kucc kat teratak buruk kucc di Ceritera Kucc ye...

Unknown said...

Tenkiu3x akak for the support. Hope akak suka DIH. Tegur2lah kucc kt teratak Ceritera kucc ye...

Unknown said...

thanks kucc singgah blog akak nie.. akak alwayz zupport kucc yeahh..