Friday, November 29, 2013

Nasib Si Komet ISON..


Image from NASA's SOHO camera

Adakah ini pengakhiran hayat Komet ISON.. sehingga jam ini para astrologi belum mengesahkan samada komet ISON ini telah di 'telan' matahari atau telah berjaya melintasi matahari..

Tetapi melihat kepada imej dari NASA SOHO di atas, para astrologi berpendapat mungkin komet ini tidak berjaya untuk survive. Dunia masih lagi menunggu pengumuman situasi terkini komet ISON ini. Baca lebih lanjut di National Post, BBC News, Sky News

Thursday, November 28, 2013

Komet ISON.. Situasi Kritikal




Assalamualaikum..

Waaaa. aku teruja. menunggu ape kesudahan nasib Komet ISON nie.. gambar di atas menunjukkan kedudukan komet ISON yang semakin menghampiri matahari..

Nie latest update Komet ISON..

Info Ringkas dari FalakOnline


  • Komet ISON sekarang berada hampir dengan matahari.. so ta nampak dengan mata.
  • Ketika komet ISON berada di kedudukan Perihelion nanti (iaitu jam 2 pagi waktu Malaysia), masa tu malam.. so confirm tak nampak.
  • Bila boleh nampak ISON ni? Wallahualam. Tunggu dan lihat selepas hari ni, samada selamat ke tak.
  • TAPI teleskop2 angkasa seperti SOHO sekarang boleh nampak ISON, so kalau nak tengok apa yang berlaku kat ISON, boleh ke link ini helioviewer. Very ohsemm..

Wednesday, November 27, 2013

Komet ISON..

 photo credit to FalakOnline

Assalamualaikum..




SubhanAllah.. alangkah bagus nye kalau dapat tengok live komet ISON ni.. sungguh mengujakan.. kalau tengok bulan jer dah excited inikan pula komet..
28.11.2013 makin hampir ape yang akan berlaku pada komet ISON? berdebar-debar rasa nye nak tunggu.. adakah komet ISON akan survive atau lenyap ditelan matahari..

Laporan terkini Komet ISON:FalakOnline

Berdasarkan laporan terbaru dari mailing list comets-ml dan juga status FB dari ahli astronomi Nick Howes, jika kita perhatikan imej ekor Komet ISON menerusi imej di SOHO C3, jelas ia bukanlah ekor berjenis ion.


Nota: Komet mempunyai 2 jenis ekor, yang pertama dipanggil ekor debu (penuh dengan debu dan ais) , dan yang kedua ialah ekor ion (partikel2 dalam koma yang di-ion-kan oleh matahari).




Ciri-ciri ‘ekor’ itu lebih menunjukkan kepada hamburan debu-debu pelbagai saiz yang banyak. Salah satu kemungkinan hamburan ini berlaku ialah apabila nukleus komet ini mula hancur beberapa hari lepas.


Dalam erti kata lain, walaupun dalam imej SOHO C3 itu kelihatan seperti ekor komet yang normal, tetapi sebenarnya ia lebih menunjukkan saat-saat akhir hayat sebuah komet!

Perkara yang sama telah dicerap dan dikaji sewaktu kehancuran Komet Lovejoy pada hujung tahun 2011 yang lalu.


Tinggal kurang 36 jam lagi sebelum Komet ISON berada di kedudukan perihelion (7 pagi 29 Nov 2013 Waktu Malaysia)!



Dari FalakOnline jom belajar sekejap apa yang akan berlaku 28/29 Nov 2013 nanti.

Penerangan:

1. Pada 28/29 Nov 2013 nanti, Komet ISON akan bergerak merentasi matahari pada jarak yang paling dekat, iaitu 1.2 juta km dari permukaan matahari.

2. Nak dibandingkan, diameter matahari 1.4 juta km. Maknanya Komet ini akan berada dekat dengan matahari tu!

3. Kedudukan paling dekat itu dipanggil Perihelion.

4. Disebabkan Komet ISON ni kali pertama masuk ke kawasan sistem solar kita ni, tak ada siapa pun tahu nasibnya selepas Perihelion itu nanti.

5. Ia mungkin hancur lebur dan terus hilang dari pandangan.

6. Ia mungkin tak hancur, dan apabila ia melepasi kedudukan perihelion tu, ia akan jadi komet yang amat terang dan awesome, kerana ais-ais yang masih ada padanya akan meruap-ruap (akibat panas matahari), dan membentuk ekor yang amat besar (harapnya la).

7. Oleh itu, kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan terjadi dengan kawan kita ni.

8. Rajah orbit bulan dan bumi tu adalah mengikut skala, dan membantu kita untuk bayangkan betapa hampirnya komet ISON ini nanti dengan matahari.



all sources credit to FalakOnline 

ephyra.. serlahkan kejelitaan sebenar anda..


Assalamualaikum...

Entry kali nie.. i nak story about EPHYRA yer kekawan.. actually dah amik kolagen nie dari tahun lepas.. so far memang boleh lihat kesan EPHYRA nie pada diri sendiri.. orang kate lain orang lain kesan die kan.. sebelum nie memacam kolagen dah aku telan.. dan sume kolagen yang aku amik tu memang ade effect tersendiri.. tapi EPHYRA kesan die lebih lagi..

Apakah EPHYRA?

EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan, menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry.

Macamana boleh terjebak dengan EPHYRA nie?

Citer nye macam nie.. lepas bersalinkan anak no. 3 tu memang muka banyak lah jeragat sebab masa pregnant takde nak jaga sangat muka nie.. so adik tegur muka dah naik jeragat pastu tengok2 cermin dah de cam garis2 halus kat muka.. alamakkk.. memang kene makan supplement nieee.. bermula la sesi meng'google' nak cari kolagen yang mane paling bagus.. dari satu kolagen ke satu kolagen dah di cuba dan akhir nya yang serasi adalah EPHYRA..

Testimoni Diri Sendiri
  • Kulit menjadi halus dan anjal
  • Skin tone makin sekata
  • Meningkatkan tenaga - kalu tak balik keje je dah letih.. mengantuk.. tak bleh nak buat keje lain dah
  • Jarang demam, selsema, batuk
  • Kedutan dan garis halus kat muka makin kurang
  • Jeragat kat muka semakin hilang
  • Parut semakin pudar
  • Jerawat kat belakang badan pun dah jarang ade
Itu adalah antara kesan EPHYRA pada aku.. so far memang puas hati..

 EPHYRA yang sudah di shake

Ok.. rase nye pulak.. macam pic kat atas tu.. kaler oren.. rase pun rase oren.. xde rase hanyir pun macam sesetengah kolagen.. Elakkan campur EPHYRA dalam air panas yer.. guna je air suam.. kalu takde shake boleh jer guna gelas pastu kacau sampai larut.. kalu rase2 takleh jugak nak minum campur EPHYRA dengan susu, yogurt atau jus.. tapi tak pernah buat pun.. minum macam tu pun dah sedap dah..

Pengambilan EPHYRA pulak.. kalu ikutkan sepeket dah cukup dah untuk sehari. Amik samada sebelum tidur atau sebelum breakfast. Tapi kalu yang kulit bermasalah boleh amik 2 kali sehari.. dan minum air putih lebih sikit untuk kesan yang lebih cepat..

Sijil Halal : EPHYRA
Sijil Kementerian Kesihatan : EPHYRA

Nak info lagi??.. jom scroll down lagi..


 







Bagi wanita-wanita di luar sana yang ingin melihat kesan EPHYRA nie boleh lah mencuba.. recommended..

Anak Nak Berkhatan...


 photo's courtesy of http://masjidas-salam.blogspot.com

Assalamualaikum...

Dah masuk 2 minggu cuti sekolah.. anak2 dah dihantar ke kampung menemankan nenek ngan atok.. so debaran semakin dekat sebab anak sulung aku nak dikhatankan.. tarikh nye tak tetap lagi.. kejab ayah nya kata this week.. lagi sekali tanye tukar date plak jadi ujung bulan.. tanye lagi tukar lagi jadi awal bulan Disember pulok.. kita yang ibu nya dok tunggu la bila tarikh keramat tu.. ahakss..

Bila cakap soal berkhatan.. selalu yang bermain-main di fikiran anak2 kita.. sakit ke khatan tu? macam mana rupa khatan tu?.. tu anak aku lah yg selalu tanye soklan camtu.. dan ayah nye jawab.. "tak sakit pun.. mcm kene gigit semut jer".. dan anak aku dengan muka yang innocent jawab balik.."yer ker ayah.. macam tu nuqman boleh main ipad sambil bersunat".. hahaha.. yer la tu..

Hukum Khatan dalam Islam sumber iluvislam

Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi’i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardhu.

Berkhatan nie dari sudut perubatan www.myhealth.gov.my


"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'."

Kaedah-Kaedah Berkhatan

Kaedah khatan konvensional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.


Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

 pic credit to http://sirasain.wordpress.com

Dan ayah ngan ibu nya belum dapat kata sepakat nak khatan cara apa.. terkini en asben kate nak guna kaedah konvensional..
Me: "ayah.. khatan cara tu banyak darah nanti.."
Asben : "takde la ibu.. dulu i khatan tak banyak pun darah"
Me : "yer ker ayah?.. tu yang i baca la die kata kluar banyak darah.."

So.. belum ade kata putus lagi nak berkhatan gaya mana.. ikut i guna laser jer.. anak lelaki tu je la sorang.. tapi ape ape pun keputusan en asben jugak yang di ambil kira.. nampak nye kene le tunggu dan lihat bila, dimana, teknik ape anak aku berkhatan nanti.. hopefully sume nye berjalan dengan lancar dan selamat.. Wassalam..

Tuesday, November 26, 2013

Sehari di Kampung Ayer Pasir Melaka...

selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sentosa murah rezeki

alhamdulillah bertemu jodohnya
berkat kesucian akhir terlaksana

pabila sedang bersanding
janganlah suka menjeling
menjadi raja sehari
tersenyum nampak berseri

tenangkanlah hati dengan kesyukuran
sabar mengahadapi tempuh hidup baru



hahaha. tu lagu khas untuk Pak Utih aku.. entry sebelum nie aku der cakap kan kenapa kitorang balik melaka lepas concert anak aku tu.. sebab nie la.. majlis kenduri kawin Pak Utih aku yang berlangsung 17.11.2013 di Kampung Ayer Pasir, Melaka. 

Kitorang sampai Melaka lepas concert anak aku tu dalam pukul  9.00 malam. Memang tak dan la nak balik kampung malam tu. Badan pun dah penat nak2 lak anak yang kecik tu muntah2, sampai umah mak mandi, basuh baju2 yang dah kene muntah pastu tidor.. Esok pepagi baru kitorang balik kampung..



Kitorang sampai2 jer kampung.. punye terkejut.. mak aii.. kate kenduri kecik2 jer.. tengok2 khemah macam buat kenduri besar-besaran.. Aku tak leh buat kerja sangat pun sbb anak yang kecik tak sihat.. asik nak berdukung jer.. dapat ler tolong wrapping lauk pengantin jer.. yang lain aku tolong makan.. 



Majlis berjalan dengan lancar.. cuaca sangat bagus.. tak panas sangat dan tak ujan.. tetamu-tetamu datang tak putus-putus.. meriahlah majlis nie walaupun pakai kompang kaset jer... rosak plak tu.. tak bleh blah.. kekekeke..

So meh kita menjamu mata dengan gambar-gambar yang mr asben tangkap..


 



Belakang Tabir Bersama Pak Dara, Mak Dara & Sepupu Sepapat


















Sambil-sambil tu kita skodeng durian.. bergayut-gayut..
 




Sesi bergambar adik beradik

suka nya mak lang...
 

Stailo... Tips Pakaian Untuk Wanita Bersaiz Kecil..

Assalamualaikum...

Pagi yang sejuk... hujan di Key Ell.. Tertarik dengan artikel di KOSMOS.. Pakaian Untuk Wanita Saiz Kecil.. macam aku nie memang saiz kecil kerr extra kecik!!..hahaha.. so jom kita share ape tips pakaian untuk wanita kecik molek nie..

Fabrik-fabrik yang sesuai untuk wanita yang bersaiz kecil:
  • Ringan
  • Nipis
  • Licin
  • Matte
  • Beralun
Material tersebut berpadanan dengan saiz badan, disamping membantu mereka kelihatan kurus dan ramping.
note: aku nie dah memang kurus dan ramping camne???.. mmmm..

Fabrik yang harus dielakkan oleh wanita bersaiz kecil antaranya:
  • Berat
  • Keras
  • Berstruktur
  • Besar
  • Berkilauan
Material-material tersebut akan menampakkan wanita bersaiz kecil kelihatan lebih berisi, rendah dan kurang menyerlah. Namun demikian, tidak dinafikan fabrik-fabrik diatas sering kali menjadi pilihan wanita bersaiz kecil. Dalam situasi tersebut, wanita dinasihatkan memilih pakaian secara berhati-hati. Dalam aspek ini, jemeki-jemeki yang menghiasi bahagian atas badan dilihat lebih baik daripada baju-baju yang dipenuhi dengan perhiasan jemeki atau manik.

Peraturan memilih pakaian untuk wanita bersaiz kecil

Pilih pakaian yang ringkas dan mengikut bentuk badan. Cuba elak memakai skirt beralun dan jaket tebal, kecuali anda ingin memadankan ia dengan pakaian berpotongan kecil.
Pilih pakaian mengikut saiz dan bentuk badan, bukan semata-mata kecil.
Seluar dengan kaki lebar tidak sesuai bagi wanita bersaiz kecil dan rendah, kecuali diseimbangkan oleh pemakaian kasut tumit tinggi..

Bagi aku sendiri, aku lebih mementingkan keselesaan.. tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar.. just nice jer bak kate omputih.. sebab bile pakai baju yang kecik terasa badan nie sekeping jer.. bila pakai baju yang besar rase nampak baju je orang nye dah tak nampak.. hahahaha..

Kalau tang seluar pulak.. aku ade jugak sluar palazo yang kaki lebar tu tapi takde le boleh masuk lagi satu kaki lebar die.. tapi slalu aku pakai malam jer la sesiang nie aku pakai jeans jer.. so moral of story nye.. terserah kepada empunya badan.. pilihan terletak di tangan anda..

informasi credit to KOSMO!

Graduation Day Tadika Sinar Bestari..


Assalamualaikum..

Entry kali nie adalah Concert & Graduation Day Tadika Sinar Bestari untuk anak no. 2 pulak.. lepas abang, turn adik pulak..Berlangsung pada 16.11.2013 bertempat di Puteri Park Hotel Kuala Lumpur.

Bercerita pasal Tadika Sinar Bestari nie.. anak aku mula masuk sekolah nie pada bulan April 2013. Mula-mula die sekolah, setiap hari mesti menangis.. x mo gie sekolah.. alasan die x paham ape cikgu ajar sebab cikgu ajar dalam english.. hari-hari kene marah ngan ayah die.. masa dalam kelas takmo berinteraksi ngan kekawan ngan cikgu.. sampai kitorang terpikir nak anta balik sekolah lama die kat Melaka. Tapi atas kesabaran cikgu-cikgu mengajar & mendidik anak no. 2 aku nie.. akhirnya terbentuk lah Umairah yang baru.. terpegun melihat persembahan anak sendiri.. terima kasih kepada pengetua & cikgu2 di Tadika Sinar Bestari.. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan.. 

Kepada para ibu bapa di luar sana khusus nya di Setapak yang masih mencari2 tadika mana yang bagus untuk anak2, saya suggestkan hantar ke Tadika Sinar Bestari. Anda akan bangga melihat perkembangan anak2 anda..

slide show sebelum concert
Pengetua Pn Halimaton berucap


 Get ready nak berjoget..


twist..twist..twist


abis dah ber'twist'.. 


Tarian Payung..


penari-penari dah tak sabar nak turun stage..

Queue nak ambil sijil..
Akhirnya sijil berada di genggaman saya... yeayyyy.. dah abis study.. very proud of her..

Actually banyak lagi pictures tapi tak mampu nak upload.. nie jer yang termampu.. so kitorang pun tak tunggu lama.. selesai high-tea kitorang bergegas balik Melaka.. kenapa kitorang balik Melaka????.. to be continued...