Wednesday, November 27, 2013

Komet ISON..

 photo credit to FalakOnline

Assalamualaikum..




SubhanAllah.. alangkah bagus nye kalau dapat tengok live komet ISON ni.. sungguh mengujakan.. kalau tengok bulan jer dah excited inikan pula komet..
28.11.2013 makin hampir ape yang akan berlaku pada komet ISON? berdebar-debar rasa nye nak tunggu.. adakah komet ISON akan survive atau lenyap ditelan matahari..

Laporan terkini Komet ISON:FalakOnline

Berdasarkan laporan terbaru dari mailing list comets-ml dan juga status FB dari ahli astronomi Nick Howes, jika kita perhatikan imej ekor Komet ISON menerusi imej di SOHO C3, jelas ia bukanlah ekor berjenis ion.


Nota: Komet mempunyai 2 jenis ekor, yang pertama dipanggil ekor debu (penuh dengan debu dan ais) , dan yang kedua ialah ekor ion (partikel2 dalam koma yang di-ion-kan oleh matahari).




Ciri-ciri ‘ekor’ itu lebih menunjukkan kepada hamburan debu-debu pelbagai saiz yang banyak. Salah satu kemungkinan hamburan ini berlaku ialah apabila nukleus komet ini mula hancur beberapa hari lepas.


Dalam erti kata lain, walaupun dalam imej SOHO C3 itu kelihatan seperti ekor komet yang normal, tetapi sebenarnya ia lebih menunjukkan saat-saat akhir hayat sebuah komet!

Perkara yang sama telah dicerap dan dikaji sewaktu kehancuran Komet Lovejoy pada hujung tahun 2011 yang lalu.


Tinggal kurang 36 jam lagi sebelum Komet ISON berada di kedudukan perihelion (7 pagi 29 Nov 2013 Waktu Malaysia)!



Dari FalakOnline jom belajar sekejap apa yang akan berlaku 28/29 Nov 2013 nanti.

Penerangan:

1. Pada 28/29 Nov 2013 nanti, Komet ISON akan bergerak merentasi matahari pada jarak yang paling dekat, iaitu 1.2 juta km dari permukaan matahari.

2. Nak dibandingkan, diameter matahari 1.4 juta km. Maknanya Komet ini akan berada dekat dengan matahari tu!

3. Kedudukan paling dekat itu dipanggil Perihelion.

4. Disebabkan Komet ISON ni kali pertama masuk ke kawasan sistem solar kita ni, tak ada siapa pun tahu nasibnya selepas Perihelion itu nanti.

5. Ia mungkin hancur lebur dan terus hilang dari pandangan.

6. Ia mungkin tak hancur, dan apabila ia melepasi kedudukan perihelion tu, ia akan jadi komet yang amat terang dan awesome, kerana ais-ais yang masih ada padanya akan meruap-ruap (akibat panas matahari), dan membentuk ekor yang amat besar (harapnya la).

7. Oleh itu, kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan terjadi dengan kawan kita ni.

8. Rajah orbit bulan dan bumi tu adalah mengikut skala, dan membantu kita untuk bayangkan betapa hampirnya komet ISON ini nanti dengan matahari.



all sources credit to FalakOnline 

No comments: