Wednesday, November 27, 2013

Anak Nak Berkhatan...


 photo's courtesy of http://masjidas-salam.blogspot.com

Assalamualaikum...

Dah masuk 2 minggu cuti sekolah.. anak2 dah dihantar ke kampung menemankan nenek ngan atok.. so debaran semakin dekat sebab anak sulung aku nak dikhatankan.. tarikh nye tak tetap lagi.. kejab ayah nya kata this week.. lagi sekali tanye tukar date plak jadi ujung bulan.. tanye lagi tukar lagi jadi awal bulan Disember pulok.. kita yang ibu nya dok tunggu la bila tarikh keramat tu.. ahakss..

Bila cakap soal berkhatan.. selalu yang bermain-main di fikiran anak2 kita.. sakit ke khatan tu? macam mana rupa khatan tu?.. tu anak aku lah yg selalu tanye soklan camtu.. dan ayah nye jawab.. "tak sakit pun.. mcm kene gigit semut jer".. dan anak aku dengan muka yang innocent jawab balik.."yer ker ayah.. macam tu nuqman boleh main ipad sambil bersunat".. hahaha.. yer la tu..

Hukum Khatan dalam Islam sumber iluvislam

Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi’i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardhu.

Berkhatan nie dari sudut perubatan www.myhealth.gov.my


"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'."

Kaedah-Kaedah Berkhatan

Kaedah khatan konvensional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.


Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

 pic credit to http://sirasain.wordpress.com

Dan ayah ngan ibu nya belum dapat kata sepakat nak khatan cara apa.. terkini en asben kate nak guna kaedah konvensional..
Me: "ayah.. khatan cara tu banyak darah nanti.."
Asben : "takde la ibu.. dulu i khatan tak banyak pun darah"
Me : "yer ker ayah?.. tu yang i baca la die kata kluar banyak darah.."

So.. belum ade kata putus lagi nak berkhatan gaya mana.. ikut i guna laser jer.. anak lelaki tu je la sorang.. tapi ape ape pun keputusan en asben jugak yang di ambil kira.. nampak nye kene le tunggu dan lihat bila, dimana, teknik ape anak aku berkhatan nanti.. hopefully sume nye berjalan dengan lancar dan selamat.. Wassalam..

No comments: