Lame dah i tak review novel kan.. baca dah banyak dah novel tang nak buat review macam tak reti jer nak buat ayat..
Sebab baru jer khatam novel nie so kita mula kan dengan novel nie dulu la..
Sinopsis:
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
***********************************************************************
Ok.. dari sinopsis kat atas tu kita tau la kisah die bermula sebab Arif ngan Ainul nak kahwin tapi keluarga Arif tak benarkan sebab abang Arif, Izzul belum kahwin lagi..
So ape plan dorang.. Arif ngan Ainul memperkenalkan calon-calon isteri kepada abang nya dengan harapan Izzul akan berkenan dengan salah sorang calon yang dikenalkan.
Alya, seorang engineer dibebani hutang ayah tiri nya yang hilang ghaib entah kemana. Hutang sebanyak RM300k perlu dilangsaikan kepada along jika tidak bermacam bala menimpa mereka sekeluarga. Terdesak untuk menyelesaikan hutang along, die terpaksa menerima cadangan dari kawan baik nya, Ainul untuk menjadi salah satu calon isteri Izzul dengan imbuhan RM500k.
Date yang dingin pada mula nya bertukar mesra sehingga Arif mengetahui Alya mahu berkahwin dengan abang nya kerana RM500k yang ditawarkan oleh Ainul (byk nyer duit dorang nie kan).. kat sini tak brapa paham sikit.. dorang memang offer RM500k sape2 yang berjaya jadi wife Izzul kan kenapa jadi isu kat Alya plak kan?.. mmmm..
So Alya melarikan diri dari Izzul kerana janjinya ngan Arif tak kan jumpa lagi Izzul ni. Dalam diam Izzul telah mula teringat2 kan si Alya dan mencari Alya yang pergi tanpa pesan. Akhirnya berjumpa, Izzul mula mengejar Alya, mengejar cinta Alya, mengejar Alya untuk mengahwini nya..
Cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh Izzul mendatangkan hasil.. akhirnya Alya bersetuju menjadi suri kepada Izzul. Kejutan demi kejutan diterima oleh Alya.. Ain bekas kekasih Izzul masih menagih kasih.. Di hari persandingan Alya dikejutkan dengan pengakuan suami nya... Ape pengakuan suami nya?????? Adakah Alya bahagia disamping Izzul???
jeng.. jeng...jeng.. kang bagi review abis korang tak nak beli plak novel nie kan.. so nak tau kesudahan novel nie.. sila la beli yer kengkawan.. kalu beli kat Minerva ade less lagi 20%.. marbeles kan..
pic and synopsis credit to kakinovel.com
Star : 2.5 / 5
Sesuai untuk bacaan santai
Nota kaki : novel nie akan di drama kan yer kengkawan..
No comments:
Post a Comment