Tuesday, November 26, 2013

Sehari di Kampung Ayer Pasir Melaka...

selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sentosa murah rezeki

alhamdulillah bertemu jodohnya
berkat kesucian akhir terlaksana

pabila sedang bersanding
janganlah suka menjeling
menjadi raja sehari
tersenyum nampak berseri

tenangkanlah hati dengan kesyukuran
sabar mengahadapi tempuh hidup baru



hahaha. tu lagu khas untuk Pak Utih aku.. entry sebelum nie aku der cakap kan kenapa kitorang balik melaka lepas concert anak aku tu.. sebab nie la.. majlis kenduri kawin Pak Utih aku yang berlangsung 17.11.2013 di Kampung Ayer Pasir, Melaka. 

Kitorang sampai Melaka lepas concert anak aku tu dalam pukul  9.00 malam. Memang tak dan la nak balik kampung malam tu. Badan pun dah penat nak2 lak anak yang kecik tu muntah2, sampai umah mak mandi, basuh baju2 yang dah kene muntah pastu tidor.. Esok pepagi baru kitorang balik kampung..



Kitorang sampai2 jer kampung.. punye terkejut.. mak aii.. kate kenduri kecik2 jer.. tengok2 khemah macam buat kenduri besar-besaran.. Aku tak leh buat kerja sangat pun sbb anak yang kecik tak sihat.. asik nak berdukung jer.. dapat ler tolong wrapping lauk pengantin jer.. yang lain aku tolong makan.. 



Majlis berjalan dengan lancar.. cuaca sangat bagus.. tak panas sangat dan tak ujan.. tetamu-tetamu datang tak putus-putus.. meriahlah majlis nie walaupun pakai kompang kaset jer... rosak plak tu.. tak bleh blah.. kekekeke..

So meh kita menjamu mata dengan gambar-gambar yang mr asben tangkap..


 



Belakang Tabir Bersama Pak Dara, Mak Dara & Sepupu Sepapat


















Sambil-sambil tu kita skodeng durian.. bergayut-gayut..
 




Sesi bergambar adik beradik

suka nya mak lang...
 

2 comments: